Saturday, November 26, 2011

Teacher NON-MUSLIM asked the students MUSLIM

Teacher : Can you see Allah?
Class : No.
Teacher : Can you touch Allah?
... Class : No
Teacher : Then there isn't Allah!

*Student raises their hand and says*

Student : Sir, can you see your brain?
Teacher : No.
Student : Can you touch your brain?
Teacher : No.
Student : Oh okay, so you don't have a brain?

Put this as your status if you Love & Believe in Allah. Put this on your Wall if you're not embarrassed to tell others that you believe in Allah

Friday, November 25, 2011

MERACIK BULAN

Akulah lelaki yang dipijar mata cantik seorang pedusi,
Panah fitnahnya menancap senyum leret mengheret kepulan hasrat,
Senyum segaranya menganyat keinginan,
Pada musim panjang menjatuhkan rajuk dan rayu goda,
Kolam matanya laksana gugah merebah ego lelaki,
Terjahan mata hiasinya tersembunyi hati Adam,
Mendidih ladang cintanya laksana pelamin laut,
Takhta seorang ratna tidak lagi memain pujuk,
Di Kota Cantik, engkau paksikan luka hati jejaka,
Terlalu liciknya laksana obsesi yang sarat,
Buah dendam yang ranum,
Menjahit musakat padu sekian musim,
Engkaulah pedusi peragut mimpi.

Wednesday, May 25, 2011

CUTI SEKOLAH

CUTI SEKOLAH DAN PENGURUSAN MASA...SUATU NASIHAT

dARIPADA bLOG cIKGU zUL

PERINGATAN UNTUK CALON-CALON SPM 2011, PMR 2011 :

cUTI Persekolahan Sesi Pertama 2011 bermula!

Semoga cuti sekolah yang lalu telah dimanfaatkan sepenuhnya!

SEMANGAT BARU YANG BERKOBAR-KOBAR UNTUK MENCIPTA KECEMERLANGAN.

It is never too late to study. It is good to start early. THE BEST TIME IS NOW!

STUDY ANYWHERE!

STUDY EVERYWHERE!

STUDY ANYTIME!

STUDY EVERYTIME!

BECAUSE...

STUDY IS YOUR BUSINESS!

Cuti sekolah kini berada dipertengahan...

Ada sepuluh ekor burung sedang bertenggek di atas dahan sebatang pokok. Seekor bercadang meninggalkan pokok itu. Berapa ekor yang tinggal?
Anda menjawab sembilan?

Bagaimana pula perjalanan perancangan anda? Sudahkah apa yang anda rancangkan dalam pelaksanaan atau masih kekal sebagai cadangan?

Dari pengalaman Cikgu Zul memberi ceramah dibanyak tempat, ramai yang menjawab sembilan. Fikirkan kembali!

Jawapannya adalah sepuluh!

Burung yang seekor itu hanya baru bercadang. Cadangan tidak membawa kita ke mana-mana. Hanya apabila kita bertindak barulah perubahan berlaku.

PLAN YOUR WORK

WORK YOUR PLAN

IT IS NEVER TOO LATE TO LEARN

IT IS GOOD TO START EARLY

THE BEST TIME IS NOW!

Bagi adik-adik yang belum memulakan usaha untuk mencemerlangkan diri...MULAKANLAH SEKARANG!

Cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi.

PERINGATAN UNTUK CALON-CALON SPM 2011, PMR 2011:

MANFAATKANNYA UNTUK PERSEDIAAN PMR/SPM 2011

Sentiasa SMART dengan masa anda:

SENSITIF dengan masa

MATLAMAT sentiasa jelas

ANALISA penggunaan masa setiap hari

RANCANG tugasan dan aktiviti anda

TINDAKAN serta merta untuk rancangan anda

Saturday, January 1, 2011

SUSAH SENANG KITA HADAPI BERSAMA



AZAM PENUH MEMBARA
Menjelmanya tahun baru 2011, cabaran kepada kita semua untuk bertekad membangun diri agar azam dan hasrat kita tercapai dengan suksesnya. Kita sama-sama membangun diri melalui penghayatan ESQ165, emosi yang stabil, spiritual yang mantap dan berqualiti tinggi dengan mengamal keimanan TUHAN yang satu, 6 RUKUN IMAN dan 5 RUKUN ISLAM.

A. Rukun Islam / Lima Perkara
1. Dua Kalimat Syahadat
2. Sholat Lima Waktu
3. Ibadah Puasa
4. Melaksanakan Zakat
5. Pergi Haji Bagi yang Mampu

- B. Rukun Iman / Enam Perkara
1. Percaya kepada Allah SWT
2. Percaya kepada Nabi dan Rasul / Rosul Allah SWT
3. Percaya kepada Malaikat Allat SWT
4. Percaya kepada Kitab Allat SWT yaitu Al Qur'an
5. Percaya kepada Hari Kiamat / Hari Akhir
6. Percaya kepada Qada dan Qadar / Qodo dan Qodar / Kodo dan Kodar atau Ketentuan Allah SWT

Belon Panas

Korang tak pegi tengok ke belon-belon udara panas (hot air balloon) kat Putrajaya aritu? hehehe.. tahun lepas aku tak sempat pegi tengok, kesian kat anak-anak aku. Budak-budak memang seronok la kalau bab-bab belon ni, tambah pulak belon besar gedabak duduk depan mata. Taknak bergerak weii.. semua pakat nak naik.

Belon Levi's

Aku pegi petang Jumaat 19/3 ari tu. Sampai-sampai dah 2-3 bijik belon yang dah naik ke udara. Cari parking, jumpa dekat dengan Palace of Justice, menapak cross jalan yang dah mula jem dengan kereta. Ada pasar tani mega pulak masa tu, lagi la bertambah ramai orang. Macam ulat! hehehe..

Kawasan belon nak naik tu, dipagar keliling. Aisey, ingat boleh pegi jenguk dekat2. Dah macam sarkis pulak dah.. tengok dari jauh je. Apa lagi, tengok aje lah dari tepi pagar aksi krew-krew dan tukang sebok yang dok keliling bakul belon yang sedang dipam bahang api dari gas (taktau gas apa dia pakai, macam gas memasak je hehehe). Sambil pengacara dok kecoh memberitahu maklumat-maklumat berkenaan pasukan yang menyertai pertunjukan belon panas tahun ni. Aku sempat jugaklah snap few photos, tapi takat zoom lens 200mm, takleh nak focus subject dekat2 pun.

Belon Monaco

Sampai masa belon darth vader kembang, tiba2 cuaca berubah hahahaha.. ini la hebatnya ciptaan Allah. Dia suruh balik siap-siap solat maghrib weii… dah dekat pukul 7.15 dah rupanya aku dan anak-anak dok tertonggok tepi pagar tu hehe.. tak sedar pulak. Pengacara cakap, belon darth vader ngan jeans levi’s tak jadi terbang pasal cuaca bahaya. Takut nanti tersasar takleh turun lak belon tu kena tiup angin ribut hehehe..

Belon Darth Vader

Macam-macam gelagat orang boleh kita tengok bila ada acara-acara terbuka macam ni. Ada yang muka happy, ada yang muka rimas sebab panas, ada yang muka masam, ada jugak yang muka kelat cam takde perasaan hahahaha… kira kalau takde keje tu, best jugak dok tinjau gelagat orang ni. Yang usung kamera pulak punya la ramai. Dari sekecik-kecik camera phone, sampai la camera bagak dengan lens panjang macam belalai gajah. Fuhh, dasyat gears diaorang ni.

Apa yang penting, waktu dan masa yang terluang kalau dapat kita gunakan untuk bawak anak-anak jalan-jalan, memang best lah. Ya lah, asyik dok sibuk nak cari duit saja, otak dan badan ni kena jugak kita bagi berehat buat aktiviti riadah lain, barulah hidup jadi lebih ceria hehehe.. bila hidup happy, nak invest pun happy, tak gitu?

Bukan apa, kesihatan, kententeraman jiwa, ketajaman berfikir, emosi dan jiwa yang stabil bukan boleh dapat macam tu je. Kena usaha untuk bentuk supaya sentiasa sihat zahir dan batin. Penting tu wei.. sebab kalau emosi dan kesihatan kita stabil, insyaAllah, kalau buat apa pun, kita lebih fokus dan sabar. Kalau kerja tu berjaya, kita akan bertambah happy. Kalau kerja tu kurang berjaya atau gagal, emosi kita juga bersedia untuk terima, sebab itu bukan rezeki kita.

Semoga minggu ni akan membawa rezeki dan kegembiraan buat semua :)

Nuffnang Ads


SABTU, JANUARI 01, 2011

Cemerlangkan kita???

Assalammualaikum...
Maaf pada pengunjung blog inbisat yang menjenguk tapi melihat blog ini tak update pulak...pasti tiada kegirangan sudah pada diri pengunjung kan...

Sebenarnya ada buat entry masa awal muharam yang lalu tapi tak dapat nak post tak tahu la apa masalah blog ni pulak..mungkin merajuk agaknya..

Entry ni secara umumnya saya nak tujukan pada semua yang terlibat dan ada kena-mengena tapi secara khususnya pada seorang sahabat ini yang dikenali pada tahun 2009...walaupun macam baru saja kenal tapi rasa macam dah kenal lama dan kami mudah serasi bersama mungkin sebab sama-sama anak Kedah agaknya...
~ Jangan bermuram ya ~

Dalam kehidupan kita, adakah semua benda yang kita rancang kita kan perolehi?
Pernah tak rasa dari kecil semuanya indah bagi diri kita tapi bak kata pepatah, panas tidak sehingga ke petang, ada hujan di tengahari........
TAPI apabila hujan semakin reda, muncullah pelangi yang indah...


Begitulah kehidupan kita di dunia ini...Kegagalan mengajar segala erti kematangan dan lebih menghargai dalam hidup...Kegagalan adalah satu tarbiyyah pada diri kita supaya keperitan dan kesedihan yang dihadapi akan kita lebih menghargai kecemerlangan yang akan datang...

Mungkin kita seorang yang cemerlang di tadika.....
Mungkin kita seorang yang cemerlang di sekolah rendah....
Mungkin kita seorang yang cemerlang di sekolah menengah...
Mungkin kita seorang yang cemerlang di matrikulasi...
Mungkin kita seorang yang cemerlang di universiti...
Mungkinkah kita cemerlang dalam kehidupan masa depan???

Ayam juga tidak tahu apa akan terjadi pada telurnya, adakah ia akan menetas atau digoreng di atas kuali..Begitu jua pada manusia, tiada yang tahu masa depannya...
~merenung masa depa jap ~

Iya, kita cemerlang dari dulu hingga kini tapi bolehkah kita pastikan kita cemerlang kita berterusan dan diwarisi pada zuriat kita....

Erm...cemerlang tu subjektif kan sebenarnya....
Ada yang kata cemerlang tu kena dapat gred yang baik..kena dapat 4.00...4 flat, kena dapat 10A
Ada pulak kata cemerlang tu dengan dapat imbang akademik dan kokurikulum...
Setiap orang ada tafsiran cemerlang untuk diri sendiri...
Ada yang sentiasa berusaha untuk cemerlang tapi keputusan tidak berpihak padanya. Ingatlah, pasti ALLAH sedang mengaturkan sesuatu yang lebih baik untuk dirinya....kecemerlangan itu mungkin bukan ALLAH tentukan pada kita tapi insyaALLAH pada zuriat kita....

Nikmatilah hidup yang ada, belajarlah semua benda untuk lebih dapat banyak ilmu.....Belajar bukan semata-mata untuk gred sahaja tanpa boleh dimanfaatkan....

Pesanan untuk sahabat-sahabat dan diri sendiri : Jangan kita sesali jalan ynag kita pilih ini dan teruskan lah sesi pembelajaran kita dengan redha ALLAH....

Senyumlah......

Last word...2012..here we come...(saya bukan salah taip, I really mean it 2012)